Ini dia akak tunjukkan 10 langkah untuk menjahit langsir french pleat(orang panggil langsir bodo).
Peralatan yang diperlukan untuk menjahit langsir.
Kain, tali pengukur, kapur tukang jahit, jarum peniti, gunting, benang.
Peralatan utama: Kereta dan mesin jahit.
(Ya lah kereta penting untuk pergi kedai beli kain dik..)
1.Mula-mula kira jumlah kain yang korang nak kena beli.
Cara nak kiranya macam ni.
1a. Ukur lebar tingkap yang berkenaan. Ukur dari hujung railing hingga ke hujung railing yang satu lagi. Contoh 90 inci.
1b. Kemudian darabkan 90 inci dengan 2 (90x2=180 inci).
1c. Kemudian bahagikan 180 inci dengan bidang kain yang anda akan beli. Contoh 60 inci.
(180/60=3). 3 ialah jumlah berapa keping yang anda perlukan untuk tingkap itu.
1d. Ukur pula labuh tingkap itu. Ukur dari railing langsir sampai cecah lantai. Katakanlah 90 inci juga. Tambahkan 7 inci basi-1 inci atas, 6 inci untuk lipatan bawah langsir. (90+7=97 inci).
1e. Darabkan 97 inci dengan 3 (jumlah yang diperolehi dari langkah 1c. Rujuk langkah 1c).
(97x3=291inci). 291 inci adalah jumlah kain yang diperlukan untuk menjahit langsir bagi tingkap tersebut.
1f. Bahagikan pula 291 inci dengan 39.2 inci untuk mendapatkan jumlah kain dalam meter. (291/39.2=7.42 meter). *39.2 inci=1 meter. Bundarkan 7.42 meter kepada perpuluhan yang terdekat i.e 7.5 meter.
2. Beli kain sebanyak 7.5 meter di kedai. Bawak balik kain tu. Potong 97 inci (ukuran tinggi langsir) sebanyak 3 keping.
3. Bahagikan salah satu daripada kain yang dipotong ini (C) kepada dua.Kemudian, cantumkan salah satu bahagian kain C yang telah dibahagi 2 dengan kepingan kain A. Cantumkan sebahagian kain C dengan B pulak.
4. Sekarang kita ada 2 keping langsir. Jahit bahagian tepi kain (2 inci kiri dan 2 inci kanan)kepada setiap keping kain untuk mengelakkan berjerumbai.
5. Ambik sekeping daripada langsir itu. Ukur 1 inci bahagian atas dan lipat. Tetapkan kedudukan kain dengan meletakkan jarum peniti.
6. Jahit tape langsir. Mulakan dengan menjahit sebelah tepi.
7. Kemudian bahagian atasnya pula. Seterusnya jahit bahagian bawah tape hingga selesai.
8. Kemudian, lipat bahagian bawah (kaki langsir) Lipat sebanyak 3 inci. Lipat sebanyak 2 kali (3 inci dan lipat lagi 3 inci) *Rujuk langkah 4.
9. Tetapkan kedudukan kain dengan jarum peniti dan jahit hingga selesai. Ulang langkah 5 hingga 9 kepada sekeping lagi langsir.
10. Pasangkan cangkuk dan pasangkan pada railing. Tada!!!!Langsir siap!
Ini contoh langsir french pleat yang telah siap.
Ini pula contoh french pleat dengan pelmet.
Diharapkan semoga tutorial ini membantu.
Kalau tak faham, sila tanya akak.
p/s: Kalau ambik course belajar jahit langsir, inilah dia antara benda pertama yang akan diajar. RM150 tau untuk belajar ini sahaja!
















14 comments:
masaklahnya aku jarum peniti pun haram tak de. ha ha.
.
kak ti, sila bagi tunjuk ajar untuk jahit langsir tak pakai railing pulak ye. contoh : langsir sangkut yg ada butang tu. cepat sket. serious ni :D
tas,
melampau la ko...
niha,
bykla ko punya lemak eh? nak belajar kene bg pengeras dulu. kekeke...
ok. pengeras dia batu. ok tak? heheheee~
mareng cari kat carrefour langsir. ok, ada button. tp panjang tak cukup. paling panjang dia bagi pun 220cm. hampehhhhh...nangis la gini gaye...
blh dh buke klas jahit....
tmbh lg pndapatan..
kaye r lpas ni...
sibuk menar nih sapa dok apdek blok nih...
Niha,
batu tu keras sgt...:P
din,
angan-angan je tu...
p/s: aku raya di tg karang.
pokcik,
hehehe...
kakti weh, ambe berase nok beli mesin jahit pulok. tp next year la kot. pitih banyok nok gune ni. huahuahuaaa~
berguna sangatttt... failed bab ukur selama ni.. ook dah tau leh lah buat..
Lyna, tq. Acu cube terai test ye.
as salam...thanks sbb sudi kongsi ilmu.Sangat2 berguna..
Sebelah tepi x perlu jahit 1 inci ke
Rujuk langkah 4.
harap membantu. :-)
badan langsir yang selalu saya buat selalu bergulung... cemane nak elakkan bergulung di bahagian kiri dan kanan tu yek....
Post a Comment